updates:
WARNING!! : Read at your own risk.

Monday, February 8, 2016

Aku dan Sukan

  Jarang aku nampak budak budak isi masa terluang dengan bersukan. Dulu masa aku kecik aku jarang tengok kartun sebab rumah aku tak ada TV, jadi banyak merayap dan main sukan dengan kawan sekampung. Ini adalah beberapa sukan yang pernah aku sertai dulu.

1. Bola sepak

Yang ini biasanya aktiviti petang. Dulu mesti ada seorang yang beli bola. Siapa tuan bola, dia jadi kapten biasanya. Siapa jadi penjaga gol, selipar akan ganti sarung tangan. Yang terer gelecek jadi penyerang. Paling menarik, siapa rembat kuat, dia sendiri yang pergi kutip bola. Jadi nak rembat tu perlahan sedikit. Kali akhir aku main bola lepas aku kena rembat dengan cikgu. Berbirat belakang badan. Sekarang dah tak main.

2. Badminton

Yang ini aku selalu main waktu pagi. Aku biasa pinjam raket kawan, jadi kalau dia main badminton baru aku boleh main. Siapa yang duduk di site angin bertiup, dia untung. Sebab pukul perlahan pun bola pergi jauh. Yang duduk site lawan angin tu paham paham lah. Guna sehabis tenaga pun silap silap bola patah balik. Sebelum nak servis bola biasanya kena tunggu angin tak ada dulu. Sekarang masih main tapi jarang.

3. Takraw

Ini aku mula main masa sekolah menengah. Itupun untuk aktiviti riadah. Mula mula main memang hancur. Lepas dapat khidmat nasihat dan latihan dari kawan perjuangan, aku boleh main. Itupun setakat timbang bola. Kalau masuk gelanggang, aku banyak tengok dari ambil bola. Sekarang dah tak main sebab tak ada kawan yang main pun.

4. Bola tampar

Dulu aku sampai ponteng sekolah agama sebab nak main benda alah ni. Awal main tangan memang pedih nk ambik bola. Lama lama dah ok. Lemahnya aku dalam permainan ni masa nak servis, bola selalu tak lepas. Akibat tak dapat restu, aku tinggalkan sukan ni dan kembali ke sekolah agama. Dah tak main dah benda alah ni.

5. Lumba lari

Yang ini aku pelik sikit. Aku main lari je masa pemilihan untuk rumah sukan dulu. Secara tak sengaja aku dipilih untuk wakil rumah sukan. Tapi bila tiba temasya sukan, aku dapat kedua last untuk larian solo, dan tempat kedua untuk larian 4 x 200 lelaki. Sekarang aku dah tak lari lari dah. Habis kuat pun aku pergi jog je.

6. Hoki

Ini sukan yang paling sekejap aku libatkan diri. Libatkan diri dalam sukan ini sebab sekolah mewajibkan 1 pelajar untuk terlibat 1 sukan. Memang zero dalam sukan ni tetapi cikgu aku gigih nak latih juga. Wakil sekolah ada 2 team, team A dengan team B. Team A team utama, team B ni biasanya team backup. Kalau boleh hantar penyertaan 2 team baru la team B ni berfungsi. Aku sendiri tak sangka aku dapat masuk team A. Belum sempat nak lawan aku dah pindah sekolah. Lepas sekolah, memang tak pegang dah kayu hoki.

Itulah serba sedikit penglibatan aku dalam sukan. Ada yang main untuk bertanding, ada yang main untuk suka suka. Apa pun sekarang memang aku dah tak bersukan. Sekadar ber jogging atau pun kalau ada masa aku akan hiking mana mana bukit. :)

Sunday, January 17, 2016

Ajal belum sampai

Kisahnya lebih kurang pada tahun sekitar 1993/1994

  Adik beradik aku main sesama sendiri. Maklumlah, keluarga besar dan adik beradik ramai. Main punyalah meriah. Bila semua pakat penat bermain, kakak aku yang no 2 dengan 3 nak pergi kedai. Beli aiskrim untuk semua.

  Aku nak ikut tapi tak boleh sebab basikal hanya boleh naik 2 orang. Dia orang masa tu dah start mengayuh basikal. Aku terkedek kedek kejar dari belakang.

  "Jangan ikut! Tunggu situ!". Pekik salah seorang kakak aku. Tapi masa tu aku mana la paham. Aku masa tu tak adalah pandai sangat berjalan. Nak lari tak laju mana. Basikal yang kakak aku bawa tu terus dikayuh laju, mungkin harapan dia bila aku dah tertinggal jauh aku akan patah balik.

  Tapi akal aku masa tu tak tinggi lagi. Walaupun kelibat kakak aku dah tak ada, aku terus berjalan. Sampailah di jalan besar. Bayangkan kanak kanak usia 3/4 tahun cuba melintas. Macam mana la rupanya.

  Apa yang aku ingat masa tu aku dah ada betul betul di tengah pada 1 lorong jalan. Dan... bukkkk!! Aku terkejut, pandangan pun gelap sekejap. Aku terperosok dibawah kereta. Keluar seorang lelaki dari kereta, mengintai aku yang berada dibawah kereta dia. Aku menangis.

  Lelaki tu terpaksa melutut (seperti sujud dalam solat tetapi badan direndahkan). Dihulurnya tangan dan tarik aku dari bawah kereta. Pasir pasir yang ada pada badan aku disapu dan dibersihkan. "Rumah adik kat mana?" tanya lelaki tu. Tapi aku tak jawab dan terus menangis. Dipimpin tangan aku dan bawa aku mengikut arah jalan yang aku ikut tadi.

  Dipertengahan jalan, mujurlah ada anak jiran yang sedang bermain. Lelaki itu menanyakan dimana rumah aku pada anak jiran. Sesampainya aku dirumah, keadaan kecoh sekejap. Mak cepat cepat sapu minyak gamat pada luka luka aku. Kakak kakak aku? Macam biasa, kena marah sebab tak jaga adik betul betul. Mujurlah umur masih panjang. Bayangkan kalau lori pasir yang gilis aku, apa jadi?

  Akhirnya aku berhenti menangis, menikmati aiskrim sambil melihat kakak kakak aku pula menangis sebab kena marah. Maaf la kak, sabar jela dengan adik kau yang kiut ni. Hehe.