updates:
WARNING!! : Read at your own risk.

Monday, February 8, 2016

Aku dan Sukan

  Jarang aku nampak budak budak isi masa terluang dengan bersukan. Dulu masa aku kecik aku jarang tengok kartun sebab rumah aku tak ada TV, jadi banyak merayap dan main sukan dengan kawan sekampung. Ini adalah beberapa sukan yang pernah aku sertai dulu.

1. Bola sepak

Yang ini biasanya aktiviti petang. Dulu mesti ada seorang yang beli bola. Siapa tuan bola, dia jadi kapten biasanya. Siapa jadi penjaga gol, selipar akan ganti sarung tangan. Yang terer gelecek jadi penyerang. Paling menarik, siapa rembat kuat, dia sendiri yang pergi kutip bola. Jadi nak rembat tu perlahan sedikit. Kali akhir aku main bola lepas aku kena rembat dengan cikgu. Berbirat belakang badan. Sekarang dah tak main.

2. Badminton

Yang ini aku selalu main waktu pagi. Aku biasa pinjam raket kawan, jadi kalau dia main badminton baru aku boleh main. Siapa yang duduk di site angin bertiup, dia untung. Sebab pukul perlahan pun bola pergi jauh. Yang duduk site lawan angin tu paham paham lah. Guna sehabis tenaga pun silap silap bola patah balik. Sebelum nak servis bola biasanya kena tunggu angin tak ada dulu. Sekarang masih main tapi jarang.

3. Takraw

Ini aku mula main masa sekolah menengah. Itupun untuk aktiviti riadah. Mula mula main memang hancur. Lepas dapat khidmat nasihat dan latihan dari kawan perjuangan, aku boleh main. Itupun setakat timbang bola. Kalau masuk gelanggang, aku banyak tengok dari ambil bola. Sekarang dah tak main sebab tak ada kawan yang main pun.

4. Bola tampar

Dulu aku sampai ponteng sekolah agama sebab nak main benda alah ni. Awal main tangan memang pedih nk ambik bola. Lama lama dah ok. Lemahnya aku dalam permainan ni masa nak servis, bola selalu tak lepas. Akibat tak dapat restu, aku tinggalkan sukan ni dan kembali ke sekolah agama. Dah tak main dah benda alah ni.

5. Lumba lari

Yang ini aku pelik sikit. Aku main lari je masa pemilihan untuk rumah sukan dulu. Secara tak sengaja aku dipilih untuk wakil rumah sukan. Tapi bila tiba temasya sukan, aku dapat kedua last untuk larian solo, dan tempat kedua untuk larian 4 x 200 lelaki. Sekarang aku dah tak lari lari dah. Habis kuat pun aku pergi jog je.

6. Hoki

Ini sukan yang paling sekejap aku libatkan diri. Libatkan diri dalam sukan ini sebab sekolah mewajibkan 1 pelajar untuk terlibat 1 sukan. Memang zero dalam sukan ni tetapi cikgu aku gigih nak latih juga. Wakil sekolah ada 2 team, team A dengan team B. Team A team utama, team B ni biasanya team backup. Kalau boleh hantar penyertaan 2 team baru la team B ni berfungsi. Aku sendiri tak sangka aku dapat masuk team A. Belum sempat nak lawan aku dah pindah sekolah. Lepas sekolah, memang tak pegang dah kayu hoki.

Itulah serba sedikit penglibatan aku dalam sukan. Ada yang main untuk bertanding, ada yang main untuk suka suka. Apa pun sekarang memang aku dah tak bersukan. Sekadar ber jogging atau pun kalau ada masa aku akan hiking mana mana bukit. :)