updates:
WARNING!! : Read at your own risk.

Sunday, November 29, 2015

Mukaddimah

13 Ogos. 9 malam 

  Kelihatan seorang wanita sedang berbaring di katil hospital. Mukanya tenang. Sesekali dia sempat melemparkan senyuman kepada jururawat yang melintas. Dia tidak tahu apa yang bakal dia hadapi, namun kuat dalam hatinya berserah segala kepada yang Maha Esa. Ini adalah medan taruhan nyawa untuk dia, bagaikan seorang askar di medan perang. Walaupun sudah melaluinya 7 kali sebelum ini, tetapi rasa sakit itu tetap akan terasa baginya. Suaminya yang melawat, sudah pulang. Barangkali untuk menjalankan tanggungjawab kepada permata hati di rumah. Dalam tak sedar, dia pun tertidur.



14 Ogos. Selepas subuh


  Pagi hening yang tenang, dipecahkan oleh teriakan hamba Allah yang baru melihat dunia. Alhamdulillah, penantian wanita itu selama 9 bulan telah berakhir. Raut wajahnya jelas kesakitan. Namun segala kesakitan itu seolah hilang apabila ditatap wajah puteranya itu. Perasaan terharu dan gembira bercampur. Dicium, dipeluk puteranya itu tanda kasih dan sayang. 

  Dihari kepulangan, bayi itu disambut dengan jiran-jiran berdekatan. Kedengaran juga teriakan kanak-kanak " nak tengok baby baru, nak tengok baby baru! ". Bayi itu dikelilingi orang dewasa juga kanak-kanak. Pada ketika itu sudah ada keluarga yang menawarkan diri untuk menjaga bayi tersebut. Seakan tahu itulah putera tarakhir dalam keluarga, maka nama yang diberi cukup ringkas namun melambangkan keperibadian yang baik seiring dengan maknanya.

  Kini genap 25 tahun dari peristiwa tersebut. Angka 25 untuk ukuran umur agak panjang namun belum cukup untuk menjadikan seseorang itu betul-betul "masak" dengan kehidupan.

..ini adalah kisah perjalanan hidup bayi itu. Perjalan aku..